Khamis, 18 Mac 2010

Masakan lazat mengikut cara Islam

Petua ini didapati dari rakan dan ibu. Kadangkala kita masak menggunakan resepi dan kaedah yng sama tetapi mendapat hasil yang berbeza atau kurang sedap dari orang mengajar kita masak. Ada yang berfikiran negatif menyatakan orang yang beri resepi tidak ikhlas, resepinya dah diubah sedikit atau ada perasaan curiga, takut 'murid' mengalahkan 'cikgu' atau dengan kata lain lawan tokeh. Sebenarnya bukan kerana resepi atau lokek ilmu tetapi air tangan manusia (kemahirannya berbeza selain dari kemahiran yang belum dikuasai), Untuk mendapatkan masakan yang lazat ada juga petuanya.

1. bila mengacau adunan/masakan sila kacau berlawanan dengan arah jam, walaupun untuk buat air teh. anda kan dapati rasanya berbeza.
2. Mulakan memasak dengan bismillah, dan bacalah selawat sepanjang memasak atau fatehah.
3. Doa semoga masakan yang di masak membawa keberkatan kepada orang yang dijamu.
4. masaklah dengan perasaan tenang, ceria, ikhlas dan kasihsayang, insaallah masakan kita akan lebih sedap dari biasa. macam masakan mak bila kita balik kampung, sip;le tapi sedap kan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan