Rabu, 30 November 2011

Lawatan ke bandung dan Jakarta

Khamis 24- selasa 29 Nov bersama suami dan 12 rakan ke Bandung sempena persaraan suami dan pengantarabangsaan transformasi pendidikan PPD Batu Pahat. Mula bertolak dr Yong peng ke Kajang jam 8.00 pagi. Bertolak dari Kajang ke LCCT jam 3.30 sampai 4.30. Rakan-rakan sampai pukul 5 dr BP pukul 12 3 kereta. Menguruskan bagasi & Check in terbang ke bandung 7.45 malam dan sampai 9.55 (perjalanan 2jam 5 minit)waktu dibandung lambat 1 jam dari Malaysia (8.55). Pemeriksaan Imagresen 1.30 jam selesai terus bertemu pemandu pelancong Cik Penny dan supir Pak Gunawan, menukar sim kad nilai 27 ribu rupiah dengan harga 50 ribu rupiah.

Jumaat, 10 Jun 2011

20 Amalan Murah Rezeki

Kembara: Ayat-Ayat Ruqyah

Kembara: Ayat-Ayat Ruqyah: "Ayat-Ayat Ruqyah Sebelum kita memperdengarkan ruqyah ini, eloklah kita ketahui serba sedikit apakah itu ruqyah. Definisi Ruqyah Makna ..."

Khamis, 9 Jun 2011

ayat ayat ruqyah ke 1.mp4

ayat ayat ruqyah ke 1.mp4

Ayat ayat Ruqyah

Ayat ayat Ruqyah



=*****=
Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:

- pening-pening kepala

- mabuk

- muntah-muntah

- menggeletar

- pengsan

- seram-sejuk

- berdebar-debar

Download dan simpan dalam cd. - file size 12.4MB

selanjutnya lungsuri lelaman http://www.ceramahislam.com/audio.html


Nota: Untuk muat turun audio file ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus (atau yg lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah), sila gunakan link di bawah ini.

Streaming: http://www.ceramahislam.com/Misc-Audio/ruqyah/ruqyah.m3u/ Download: http://www.ceramahislam.com/Misc-Audio/ruqyah/ruqyah.mp3



Urutan Ayat-Ayat Ruqyah No Nama Surah Juzuk Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-'Araf 8 54-56
9 Al-'Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

ZIKIR PENAWAR KEPENATAN YANG DIAJARKAN NABI saw

ZIKIR PENAWAR KEPENATAN YANG DIAJARKAN NABI saw
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan bekerja seharian, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, cuba ikuti nasihat Rasulullah saw. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah. Diriwayatkan, suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : " Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang, berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Selepas itu Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya. Bagaimanapun Rasulullah saw tidak memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda saw. Baginda saw bersabda, " Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada aku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang diajarkan Nabi saw kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah saw ini. Katanya, " Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku. " di copy paste dari [Koleksi Sim]. Tq sim moga amalan akan berpanjangan