ZIKIR PENAWAR KEPENATAN YANG DIAJARKAN NABI saw
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan bekerja seharian, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, cuba ikuti nasihat Rasulullah saw. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah. Diriwayatkan, suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : " Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang, berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Selepas itu Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya. Bagaimanapun Rasulullah saw tidak memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda saw. Baginda saw bersabda, " Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada aku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang diajarkan Nabi saw kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah saw ini. Katanya, " Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku. " di copy paste dari [Koleksi Sim]. Tq sim moga amalan akan berpanjangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan