Hilangkan Bau Dalam Peti Sejuk1
Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer). Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat mencuba.
Hilangkan Bau Dalam Peti Sejuk2
Ambil beberapa ketul arang masak yang bersih, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer). Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat mencuba.
Khamis, 18 Mac 2010
sayur bersih & kekal hijau
Petua orang orang tua yang cukup berguna untuk kehidupan kita. Kebanyakan nya berkisar mengenai apa yang kita buat di dapur.
Cara Cuci Bersih Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat
Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.
Kekalkan Warna Hijau Sayur-sayuran
Masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.

Rabu, 17 Mac 2010
Air mendidih Cepat
1. Kadang-kadang kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan lebih cepat masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air kemudian masak. Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat. Selamat mencuba.
Cara Masak Air Cepat Dengan Gula
2. Tiba-tiba tetamu datang berkunjung, tetapi ia mahu segera beredar kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan minuman ingin dihidangkan. Masak sedikit air sejuk dan masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.

hilangkan pahit peria
Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya’allah, berkesan.
Kurangkan muka berminyak
Gunakanlah putih telur, sapu dimuka tampal dengan kapas pembersih muka nipis-nipis, buat macam mask, biarkan kering baru tarik perlahan-lahan.Bukan saje minyak di muka hilang, malah menghaluskan dan menenggangkan sekali…selamat mencuba
hilangkan pijar kena lada
Atasi Masalah Tangan Pijar Kerana Cili
Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih.

Selasa, 16 Mac 2010
25 PERKARA MENGENAI AMALAN BERHUTANG
Dalam banyak keadaan, berhutang menjadi amalan yang tidak dapat dielakkan. Samada berhutang dengan rakan sepejabat, rakan serumah, kaum keluarga atau institusi kewangan, manusia memang tidak dapat lari daripada berhutang. Malah ada yang berani berhutang dengan institusi tertentu seperti 'ah long' sehingga akhirnya meletakkan diri dalam keadaan bahaya apabila sukar membayar hutang. Walaupun berhutang itu harus tetapi ada adabnya.
Dengan itu Islam menggariskan empat perkara wajib yang perlu disegerakan iaitu :
1. Menguruskan jenazah
2. Mempercepatkann hidangan untuk tetamu
3. Mengahwinkan anak gadis apabila sudah sampai waktunya.
4. Melangsaikan hutang
Hukum berhutang:
1. Hukum dasarnya adalah harus.
2. Wajib sekiranya ingin memenuhi tuntutan asas.
3. Haram sekiranya digunakan untuk perbuatan yang dilarang oleh Allah.
Hutang ada kena-mengena dengan keperibadian seorang Muslim atau Muslimah. Rasulullah berpesan, sesiapa yang berhutang dan ada niat untuk membayarnya, maka Allah akan memudahkan niatnya dan begitu juga jika sebaliknya.
Petua membayar hutang:
Imam Tarmizi menceritakan, pernah suatu ketika seorang lelaki bertaraf hamba datang menemui Saidyna Ali meminta petua untuk membolehkannya hidup senang dan merdeka. Saidyna Ali memberitahu, sekiranya mengamalakan satu doa, dia akan dapat membayar hutang walaupun hutang sebesar gunung. Doanya bermaksud begini, "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (sehingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu (sehingga aku tidak minta) kepada selain Engkau." (Riwayat Tarmizi)
Adab pemberi hutang:
1. Digalakkan membuat surat perjanjian jika melibatkan jumlah yang besar.
2. Memberi tempoh yang wajar untuk pembayaran balik.
3. Jika berkemampuan dan ingin membantu, halalkan sebahagian hutang itu.
4. Memberi hutang berdasarkan kemampuan.
5. Elakkan memberi hutang jika mengetahui wang itu akan digunakan untuk
jalan yang haram.
6. Berterus terang mengenai keperluan diri sendiri.
7. Berdoa agar si peminjam itu murah rezeki dan dilembutkan hati untuk bayar semula.
8. Orang yang amanah tidak akan menceritakan perihal orang meminjam
hutang darinya dengan niat untuk menjatuhkan maruah si peminjam.
9. Ikhlas untuk membantu meringankan beban orang lain
Adab membayar hutang:
1. Bayar hutang sesegera mungkin.
2. Jangan masam muka atau menjadikan si pemberi hutang itu
musuh jika dia menginggatkan kita tentang hutangnya.
3. Habiskan bayar hutang sebelum tamat tempoh
4. Semasa bayar hutang katakan maaf kerana menyusahkan
dan mengucapkan terima kasih.
5. Bayar hutang dengan muka manis dan sopan.
6. Jika ada masalah untuk bayar ikut tempoh perjanjian maka
berterus terang.
7. Jika pemberi hutang meninggal, maka beri pada warisnya.
Orang yang mati wajib juga melangsaikan hutang:
1. Waris si mati harus langsaikan hutang kemudian barulah uruskan kos
pengembumian
2. Si mati yang tidak meninggalkan harta, waris tidak wajib bayarkan tetapi untuk
kebaikan si mati maka bayar adalah lebih baik.
3. Bagi anak yang menggunakan wang sendiri untuk menjelaskan hutang arwah,
maka itu dianggap sedekah.
4. Si pemberi hutang digalakkan menghalalkan hutang itu. Semoga ia akan Allah
memberi rezeki lebih lagi di atas keikhlasannya.
Jelas di sini, Islam sentiasa memudahkan umatnya untuk menguruskan urusan seharian termasuk dalam urusan berhutang. Hanya orang yang bijak dan sentiasa berfikir untuk mencari keredhaan Allah akan menggunakan kemudahan yang yang telah diberikan di dalam Islam terutama di dalam hal berhutang.

Langgan:
Catatan (Atom)

Berkongsi idea, kejayaan, kegembiraan dan ilmu yang bermanfaat dari semua untuk semua