Selasa, 16 Mac 2010

25 PERKARA MENGENAI AMALAN BERHUTANG

Dalam banyak keadaan, berhutang menjadi amalan yang tidak dapat dielakkan. Samada berhutang dengan rakan sepejabat, rakan serumah, kaum keluarga atau institusi kewangan, manusia memang tidak dapat lari daripada berhutang. Malah ada yang berani berhutang dengan institusi tertentu seperti 'ah long' sehingga akhirnya meletakkan diri dalam keadaan bahaya apabila sukar membayar hutang. Walaupun berhutang itu harus tetapi ada adabnya.


Dengan itu Islam menggariskan empat perkara wajib yang perlu disegerakan iaitu :

1. Menguruskan jenazah
2. Mempercepatkann hidangan untuk tetamu
3. Mengahwinkan anak gadis apabila sudah sampai waktunya.
4. Melangsaikan hutang

Hukum berhutang:
1. Hukum dasarnya adalah harus.
2. Wajib sekiranya ingin memenuhi tuntutan asas.
3. Haram sekiranya digunakan untuk perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Hutang ada kena-mengena dengan keperibadian seorang Muslim atau Muslimah. Rasulullah berpesan, sesiapa yang berhutang dan ada niat untuk membayarnya, maka Allah akan memudahkan niatnya dan begitu juga jika sebaliknya.


Petua membayar hutang:

Imam Tarmizi menceritakan, pernah suatu ketika seorang lelaki bertaraf hamba datang menemui Saidyna Ali meminta petua untuk membolehkannya hidup senang dan merdeka. Saidyna Ali memberitahu, sekiranya mengamalakan satu doa, dia akan dapat membayar hutang walaupun hutang sebesar gunung. Doanya bermaksud begini, "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (sehingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu (sehingga aku tidak minta) kepada selain Engkau." (Riwayat Tarmizi)


Adab pemberi hutang:

1. Digalakkan membuat surat perjanjian jika melibatkan jumlah yang besar.
2. Memberi tempoh yang wajar untuk pembayaran balik.
3. Jika berkemampuan dan ingin membantu, halalkan sebahagian hutang itu.
4. Memberi hutang berdasarkan kemampuan.
5. Elakkan memberi hutang jika mengetahui wang itu akan digunakan untuk
jalan yang haram.
6. Berterus terang mengenai keperluan diri sendiri.
7. Berdoa agar si peminjam itu murah rezeki dan dilembutkan hati untuk bayar semula.
8. Orang yang amanah tidak akan menceritakan perihal orang meminjam
hutang darinya dengan niat untuk menjatuhkan maruah si peminjam.
9. Ikhlas untuk membantu meringankan beban orang lain


Adab membayar hutang:

1. Bayar hutang sesegera mungkin.
2. Jangan masam muka atau menjadikan si pemberi hutang itu
musuh jika dia menginggatkan kita tentang hutangnya.
3. Habiskan bayar hutang sebelum tamat tempoh
4. Semasa bayar hutang katakan maaf kerana menyusahkan
dan mengucapkan terima kasih.
5. Bayar hutang dengan muka manis dan sopan.
6. Jika ada masalah untuk bayar ikut tempoh perjanjian maka
berterus terang.
7. Jika pemberi hutang meninggal, maka beri pada warisnya.


Orang yang mati wajib juga melangsaikan hutang:

1. Waris si mati harus langsaikan hutang kemudian barulah uruskan kos
pengembumian
2. Si mati yang tidak meninggalkan harta, waris tidak wajib bayarkan tetapi untuk
kebaikan si mati maka bayar adalah lebih baik.
3. Bagi anak yang menggunakan wang sendiri untuk menjelaskan hutang arwah,
maka itu dianggap sedekah.
4. Si pemberi hutang digalakkan menghalalkan hutang itu. Semoga ia akan Allah
memberi rezeki lebih lagi di atas keikhlasannya.


Jelas di sini, Islam sentiasa memudahkan umatnya untuk menguruskan urusan seharian termasuk dalam urusan berhutang. Hanya orang yang bijak dan sentiasa berfikir untuk mencari keredhaan Allah akan menggunakan kemudahan yang yang telah diberikan di dalam Islam terutama di dalam hal berhutang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan