Isnin, 12 April 2010

indahnya molekul air zamzam



indahnya molekul air zamzam
Teknologi terkini membuktikan bahawa "Air" menerima perubahan sesuai dengan apa yang kita katakan atau bisikkan atau kita tiupkan. Ini membuktikan bahawa "Perubatan Islan" melalui jampi dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran seperti yg telah diajarkan oleh RasuluLlah SAW adalah BENAR.

Miraculous Messages From Water

Water has a very important message for us. Water is telling us to take a much deeper look at our selves. When we do look at our selves through the mirror of water, the message becomes amazingly, crystal, clear. We know that human life is directly connected to the quality of our water, both within and all around us.

The photographs and information in this article reflect the work of Masaru Emoto, a creative and visionary Japanese researcher Mr. Emoto has published an important book, "The Message from Water" from the findings of his worldwide research

If you have any doubt that your thoughts affect everything in, and around you, the information and photographs that are presented here, taken from the book of his published results, will change your mind and alter your beliefs, profoundly.

How the molecular structure of water is affected...

From Mr. Emoto's work we are provided with factual evidence, that human vibrational energy, thoughts, words, ideas and music, affect the molecular structure of water, the very same water that comprises over seventy percent of a mature human body and covers the same amount of our planet. Water is the very source of all life on this planet, the quality and integrity are vitally important to all forms of life.

The body is very much like a sponge and is composed of trillions of chambers called cells that hold liquid. The quality of our life is directly connected to the quality of our water.

Nota : Subhanallah !!! bagaimanakah agaknya bentuk molikul air zamzam hasil respon dengan doa yang dibacakan sebelum meminumnya ??? Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui....

telur berdiri semasa gerhana matahari


Sumber zulsalleh blogspot.



Bentuk hasilan gerhana paling cantik dilihat di negara China

Pada 15 Januari 2010 lalu, rakyat Malaysia telah dipertontonkan dgn satu lagi kebesaran ciptaan Tuhan yang mana berlakunya peristiwa gerhana matahari separa atau dikenali sebagai ‘gerhana matahari anulus’ antara 3 petang hingga 5.45 petang berikutan ’sentuhan pertama’ bulan ke cakera matahari. Pada masa itu, matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang.

Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan. Peristiwa Gerhana Matahari ini pernah berlaku pada 26 Januari 2009

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai ‘corona’.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta. Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.



Pada masa yang sama, semasa peristiwa Gerhana Matahari tempoh hari, telur-telur telah berjaya didirikan oleh mahasiswa di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Fenomena ini berlaku disebabkan tindakan graviti bulan dan matahari yang bergabung lalu menyebabkan sesuatu bendalir akan tertarik ke atas. Putih telur adalah merupakan bendalir yang paling kurang tumpat berbanding kuning telur sehingga menyebabkan putih telur ditarik naik ke atas dan menekan kuning telur ke bawah. Ini menyebabkan bahagian bawah telur menjadi berat sehingga membolehkan telur mampu menegak dengan sendirinya.

Sebenarnya, tidak semestinya telur-telur ini hanya boleh berdiri sewaktu gerhana sahaja. Ia juga sebenarnya boleh berdiri pada bulan baru iaitu fasa sebelum berlakunya fasa anak bulan.

Selasa, 6 April 2010

Bismillah 5



Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Khasiat Ayat Ini
1. Penawar bisa
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan, bisa batu meroyan.
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Nota

Ayat ini telah saya amalkan setiap kali selesai solat. Saya adalah penghidap gastrik. Saya tidak akan kena gastrik selagi saya mengamalkan ayat ini.

Tatacara

1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan

Bismillah Enam




Bismillah Enam

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH

Isnin, 5 April 2010

Kelebihan surah2 dalam quran

sye dah selak2 ke page blakang xde lagi tajuk ni termasuk search. So, sye 'sharing is caring' ajelah kat sini. Byk lagi kelebihan2 lain jadi tambah2 ajelah. TQ pd penulisnyer dan yg menyebarkannye smoga Allah melebarkan keberkatannya pd kita.

[b](1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)[/b]
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim

[b](2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)[/b]
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, ne scaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

[b](3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)[/b]
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

[b](4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)[/b]
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

[b](5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)[/b]
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

[b](6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)[/b]
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

[b](7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
[/b]Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

[b](8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)[/b]
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

[b](9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)[/b]
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

[b](10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
[/b]Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

[b](11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)[/b]
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

[b](12) SURAH YUNUS (Yunus)
[/b]Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

[b](13) SURAH AL-HUD (Hud)[/b]
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

[b](14) SURAH YUSUF (Yusuf)[/b]
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

[b](15) SURAH AR-RA'D (Petir)
[/b]Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

Ahad, 4 April 2010

Doa Menolak Firasat Buruk / Sial /kecelakaan

اَللَّهُمَّ لاَ طَيْرَ إِلاَّ طَيْرُكَ، وَلاَ خَيْرَ إِلاَّ خَيْرُكَ، وَلاَ إِلَـهَ غَيْرُكَ.


“Ya Allah! Tidak ada kesialan kecuali kesialan yang Engkau tentukan, dan Tidak ada kebaikan kecuali keba-ikanMu, serta tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Engkau.” (HR. Ahmad 2/220, Ibnus Sunni no. 292, dan lihat Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 1065)

Doa Masuk Pasar

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوْتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ.

“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya keraja-an, bagiNya segala pujian. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dia-lah Yang Hidup, tidak akan mati. Di tanganNya kebaikan. Dia-lah Yang Ma-hakuasa atas segala sesuatu.”
(HR. Al-Hakim, menurut pendapatnya, hadits tersebut adalah sahih. Imam Adz-Dzahabi menyetujuinya 2/100, Ibnus Sunni, no. 524. Menurut Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Takhrij Adzkar 5/154: “Hadits tersebut ada-lah hasan.” Bin Baz berkata: Hadits itu diriwayatkan pula oleh An-Nasai dengan sanad yang hasan. Lihat Tuhfatul Akhyar, hal. 37.)