Selasa, 16 Mac 2010

Zikir-Zikir memudahkan rezeki dan melangsaikan hutang

Silakan beramal dengan zikir berikut dengan membacanya 100 kali pada setiap hari.:-

لاَ حَـوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
LAA HAU LA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAA HIL ‘ALIYYIL AZHIIM.

Hadith nabi yang diriwayatkan daripada Ibnu Abi al Dunya daripada Asad ibn Wadi'ah(marfu'):
"Sesiapa yang mengucapkan Laa Hau la wa laa quwwata illa billahil'aliyyil azim' sebanyak 100 kali pada setiap hari,tidak akan ditimpa kefaqiran selama-lamanya."

Selamat beramal!!!

3 perkara untuk kelazatan iman

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Tiga perkara ; barangsiapa yang pada dirinya terdapat tiga perkara ini, maka dia akan mendapatkan kelazatan iman ; Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada yang lainnya, ia mencintai seseorang hanya karena Allah dan dia benci kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci dilemparkan ke dalam neraka” [HR Bukhari dan Muslim]

DOA KHUSUS DAN CARA MENYELESAIKAN HUTANG

Menurut sebuah hadis yang di riwayatkan oleh al-Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Muaz r.a pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnye kepada seorang Yahudi, Nabi s.a.w. lantas mengajarnye membaca ayat ini.

Maksudnya: "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yg Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemeintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki . Engkaulah juga yangmemuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya."
(Surah Ali-'Imran ayat 26-27)

Khasiat dan Kaifiat Beramal.
Amalkan membaca ayat ini sebelum tidur.Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.Di samping berdoa kita juga di suruh berusaha dengan apa cara sekalipun baik segi fizikal atau mental.Baik cara yang mudah atau pun susah.Berusaha la dengan yakin tapi jangan mengharap rezeki jatuh ke langit.

Doa Untuk Menghilangkan Kesedihan Kerana Banyak Hutang
Firman Allah swt di dalam Surah Al-A’raaf Ayat 54;
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”

Keterangan :
Ada suatu cerita, bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang khabarnya kaya-raya, tetapi kemudian tiba-tiba kekayaannya hilang dan ia di bebani hutang yang banyak . Kehidupannya menjadi duka dan nestapa.
Pada suatu malam ia keluar rumah, pergi berjalan-jalan mengelilingi daerah sekitarnya hingga larut malam. Tiba-tiba pada suatu lorong, didengarnya dengan khusyu’ bacaan seseorang, sehingga pada suatu ayat yang berbunyi: Alaa Lahul Kholqu Wal Amru Tabaarokallaahu Robbul ”aalamii” (surah Al-A’raaf, ayat 54). Ayat itu rupanya sangat berkesan dihatinya sehingga ia membacanya berulang-ulang seraya meneruskan perjalanannya yang tidak menentu. Tiba-tiba azan Subuh telah di dengarnya, petanda hari telah pagi, kemudian pulanglah ia. Setelah berwuduk dan Solat Subuh, matanya masih juga tidak mahu dipejamkan, kerana itu ia lalu duduk-duduk saja diserambi rumahnya seraya kembali membaca ayat yang di dengarinya tadi berulangkali.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang lelaki mengetuk pintu rumahnya. Setelah membalas salam, tetamunya kemudian di persilakan masuk dan bertanya: ”Apakah hajat tuan kemari?” Tamu yang tidak di undang itu menjawap: ”Saya datang ke sini kerana hendak menitipkan wang kepada tuan.” Lelaki miskin itu menjawap”Maaf, saya sebenarnya bersedia untuk menolong tuan, tetapi saya tidak berani, kerana saya ini orang miskin. Tidak ada jaminan jika wang anda itu nanti terpakai olehku.” Si tetamu itu menjawap ”Jika itu masalahnya, tidak mengapa, tuan boleh menggunakan wang ini,” lalu menyerahkan wangnya kepada lelaki miskin tadi, kemudian memohon untuk pergi.

Selang beberapa hari berikutnya, datanglah kafilah yang membawa barang dagangan dari luar kota. Di dalam kafilah itu ada orang tadi (iaitu oarng yang menyerahkan wang kepadanya). Kemudian mengadakan tukaran perdagangan dengan ketua kafilah itu. Setelah bersetuju, maka di belinya semua barang-barang tersebut dengan menggunakan wang tetamunya.

Pada hari berikutnya, barang-barang itu dijual dengan keuntungan yang besar, sehingga ia mendapat hasil yang berlipat ganda. Demikianlah wang amanah tetamunya itu di pergunakan untuk berniaga, dan perniagaannya maju pesat, dengan demikian keuntungan dari wang tetamunya bertambah.

Setelah tetamunya datang semula dan di persilakan masuk sebagaimana biasa, lalu lelaki yang empunya rumah masuk ke dalam mengambil wang amanah tadi termasuk wang keuntungannya sekali, yang kini jumlahnya berlipat-ganda. Tetapi tetamunya itu membiarkan sahaja wang itu, bahkan kemudian berkata: ”Wang yang aku amanahkan dahulu itu aku berikan kepada tuan, bersama-sama wang keuntungannya sekali. Aku ini sebenarnya Malaikat Penjaga ayat yang sentiasa anda baca itu,” Lalu Malaikat itu menghilang dari pandangan matanya. Setelah kejadian itu, ia pun sentiasa membaca ayat tersebut sebanyak mungkin, dan akhirnya ia kembali kaya sehingga dapat melangsaikan hutang-hutangnya yang banyak itu.
Berhutang - sumber -Abu Naqibah-

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Bismillahir Rahmanir Raheem...

"Senang tak senang, dapat gaji bayar hutang. Senang tak senang, hutang sampai keliling pinggang. Nampak bergaya siapa tahu papa kedana. Duit tak ada, nampak macam orang kaya... Eh! Berharta..." Mungkin sesetengah dari anda pernah mendengar lagu dendangan Salleh Yaacob ini yang saya tidak ingat judul lagunya dan dari album yang mana satu. Tetapi, liriknya yang sinis tetap segar dalam fikiran saya.

Rangkap berikutnya, Salleh menyambung lagi "Hutang tak hutang, yang penting semuanya ada. Kalau tak hutang memang tak nampak apa benda." Rasanya saya bersetuju dengan hampir kesemua dari lirik lagu ini. Tapi maaflah. Saya memang tidak ingat keseluruhan lagu. Namun sebenarnya lirik lagu ini tidak penting. Apa yang penting adalah penyampaian mesej dari petikan yang saya utarakan di atas tadi.

Kata orang, dunia hari ini, jika kita tidak berani berhutang, memang kita tak akan berharta. Sekilas pandang, nampak bagai ada kebenarannya. Namun jika dihalusi, rasanya bagaikan tidak kena. Kerana jika itulah kepercayaan kita, maka kita akan terus2an terperangkap. Yang memasang jerangkap adalah institusi kewangan dan juga pemilik2 kedai. Bagaikan pemburu dengan kancil, rusa dan lain2 haiwan buruan.

Sebenarnya, Islam mengiktiraf pemberian dan penerimaan hutang ini. Malah, Nabi saw pernah mengatakan bahawa memberikan hutang adalah lebih mulia dari memberi sedekah. Ini kerana, orang yang berhutang datang berhutang ketika dirinya tidak lagi memiliki apa2 sedangkan peminta sedekah masih lagi mempunyai sesuatu. Namun, disebalik pengiktirafan ini, kita telah menyalahgunakannya sama ada secara sedar ataupun tidak.

Kata Baginda Nabi saw, orang berhutang datang ketika tidak memiliki apa2. Sedangkan apa yang berlaku hari ini, kebanyakan orang berhutang adalah mereka yang berkemampuan. Sama ada memiliki kerjaya yang bergaji tetap ataupun perniagaan yang memberikan hasil. Buktinya, untuk memohon kad kredit, kita dikehendaki menyertakan bukti pendapatan sama ada slip gaji ataupun salinan pendaftaran perniagaan.

Jika sudah berkemampuan, mengapa pula berhutang? Inilah persoalannya. Jika kita teliti, tabiat berhutang ini didorong oleh dua perkara itu. Iaitu nafsu dan sifat tidak boleh bersabar. Nafsu kita yang mudah teransang melihat sesuatu yang baru, cantik, unik atau sebagainya adalah pendorong untuk kita memiliki sesuatu yang tersebut. Apa tindakan kita? Kumpul duit dahulu. Sedikit sedikit lama2 jadi bukit, kata orang tua2...

Namun dengan adanya sifat enggan bersabar, telinga kita jadi tuli terhadap peribahasa orang tua2 itu tadi. Bagaimana mungkin kita hendak menabung hingga RM5k untuk membeli sebuah peti televisyen baru sedang yang kita miliki sekarang ini susah rosak. Hendak dibeli yang harganya di bawah seribu... Rasanya membazir pula. Alang2... Hendak dikumpul duit memang lambat. Jalan paling mudah, pergilah ke rumah Datuk Mamot...

Hari ini berhutang set televisyen. Hanya RM99 sebulan. Selepas tiga bulan, pergi lagi dan berhutang pula set meja makan. RM89. Bulan2 seterusnya tambah lagi hutang barang2 yang lain. Jangan takut. Anda akan diberikan kad keahlian. Dengan itu pinjaman anda akan lulus segera, tanpa penjamin dan tanpa penyata gaji. Dan boleh pula meminjam sehingga 8 kali dari jumlah gaji bulanan anda. Hebat, bukan?

Jahatnya hutang ialah ia akan membuat anda sentiasa berasakan diri anda mampu. Tanpa anda sedari, jumlah hutang bulan anda yang kurang dari RM100 untuk setiap barang mula mencecah ke RM500. Ditambah dengan hutang kereta, belanja bulanan, duit susu anak dan berbagai keperluan lagi, maka gaji yang besar pada awalnya menjadi kecil. Anda yang sepatutnya mewah pada awalnya menjadi miskin...

Tidak lagi diceritakan dengan hutang kad kredit. Ini juga satu bahana dan bencana. Apa susah? Leret sahaja kad anda. Dalam 2 minit, urusniaga anda akan selesai. Lebih jahat lagi ketika anda keputusan wang. Pergi sahaja ke mana2 ATM, masukkan kad anda, tekan nombor pin dan keluarkan seberapa banyak anda mahu. Kemudian di hujung bulan, mulalah rasa tersepit hendak melunaskan hutang2 tersebut.

Dapat gaji, bayar hutang. Bila di hujung bulan tidak cukup wang, keluarkan lagi cash advance dari kad kredit. Semakin lama hutang semakin meningkat hingga akhirnya, gaji anda terpaksa diserahkan bulat2 kepada bank. Yang penat bekerja anda, yang kaya pemilik bank. Anda menangis, pemilik bank tertawa. Inilah resam dunia... Bukan resam. Bukan. Ini adalah sesuatu yang kita cipta sendiri.

Kenalan saya pernah memberitahu saya bahawa dia 'terhutang budi' dengan kad kreditnya. Kalau diikutkan gaji, memang dia tersepit setiap hujung bulan. Kini, satu kad kreditnya telah mencapai siling. Apa yang dia lakukan, mohon satu lagi kad yang baru, kemudian pindahkan baki kad lama ke kad yang baru. Kemudian guna lagi kad lama untuk perbelanjaan harian. Hm... Terfikir juga saya. Dia 'lega' kerana kad kredit atau kad kredit yang buatnya tersepit?

Bukanlah niat hendak berkata saya manusia bijak yang berjaya lepas dari hutang. Demi Allah tidak! Malah perkara yang sama juga terjadi pada diri saya tidak lama dahulu. Saya sendiri menanggung beban hutang yang melampau. Kadang rasanya ingin berhijrah untuk sembunyi dari hutang2 ini. Tetapi Alhamdulillah, dengan bantuan Allah Yang Maha Esa, saya terkeluar dari beban yang tak tertanggung ini.

Saya terpaksa membuat pinjaman peribadi dengan Bank Islam untuk langsaikan hutang kad kredit. Gali lubang untuk menutup lubang. Hehehe... Tapi rasanya okay sedikit kerana sekurang2nya jumlah hutang saya tidak bertambah mengikut baki semasa (mengikut kiraan bunag) selain saya bebas dari riba dan ada pula insurans dengan takaful di mana jika saya mati sebelum hutang selesai pihak insurans akan melangsaikan baki hutang saya.

Selepas selesai hutang kad kredit, saya memotong ketiga2 kad yang saya ada. Kemudian untuk tempoh beberapa bulan saya tidak memiliki sebarang kad kredit. Berbelanja secara tunai. Namun beberapa bulan berikutnya saya menggatal pula memohonan kad kredit yang baru. Tertarik dengan slogan 'tanpa yuran tahunan seumur hidup'. Mudah saja permohonan saya. Dalam masa dua minggu, saya telahpun memiliki kad kredit semula. Hm... Cukup mudah hendak berhutang.

Ketika saya berbelanja untuk keperluan dapur di sebuah pasaraya besar, saya berniat untuk menggunakan kad tersebut buat pertama kali. Namun semakin hampir kepada kaunter, semakin saya rasa tak sedap hati. Tidak sedap hati untuk memulakan hutang baru. Saya pun dapatkan pendapat ayah saya dan beliau menasihatkan saya supaya bayar sahaja secara tunai. Kad kredit itu biarlah untuk masa2 terdesak sahaja. Saya akhirnya bersetuju dengan pendapat ayah...

Saudara2ku sekalian. Sebenarnya hutang ini adalah permainan syaitan. Hutang adalah antara cara paling mudah untuk syaitan mengalihkan pandangan kita dari Allah. Cukup mudah. Setiap dari kita lahir dengan nafsu. Apa yang syaitan perlu lakukan hanyalah mencuit nafsu itu supaya bertindak lebih agresif dari iman dan akal. Hingga akhirnya tangan kita tewas dan dengan bangganya mencipta hutang yang baru.

Dengan hutang yang perlu diselesaikan di samping tuntutan perbelanjaan harian, kita cenderung untuk melakukan apa sahaja. Penyelewengan, rasuah, menipu atau berbagai lagi jalan2 yang haram. Atau paling tidak pun, kita akan jadi rajin bekerja. Bekerja tidak tentu masa hinggakan beribadah sekadar melepas batuk di tangga jika tidak diabaikan terus. Dan, inilah apa yang syaitan mahu kita lakukan.

Kerana itu Nabi saw berpesan, jika ingin tekun dalam beribadah, ringankanlah depan dan berlakang. Ringankanlah depan bererti mengurangkan makan (sehingga termengah2) manakala meringankan belakang bererti mengurangkan bebanan hutang. Benar. Bebanan hutang akan meragut kekhusyukan kita dalam solah. Malah mungkin menyebabkan kita lalai dengan ibadah kerana keazaman untuk melangsaikan hutang tersebut.

Kunci untuk mengelakkan diri dari berhutang hanyalah iman. Kerana nafsu hanya dapat ditundukkan oleh iman yang kuat dan ikhlas. Maka jika hendak mengelak dari berbuat hutang yang baru, seharusnya kita perkuatkan iman di dada. Percayalah, dengan iman yang kuat, anda insyaAllah boleh pandang perkara2 yang cantik, baru, canggih dan sebagainya hanya dengan sebelah mata. Maka marilah kita perkukuhkan iman kita hari ini juga.

Manakala untuk lepas dari hutang yang sedia ada, suka untuk saya berkongsi satu doa (sering saya berikan kepada mereka yang email saya secara peribadi) yang Nabi saw ajarkan kepada seorang sohabat. Sohabat ini mempunyai terlalu banyak hutang hinggakan takut hendak pulang ke rumah dan hanya duduk di masjid sahaja. Keadaan ini disedari Banginda saw lalu apabila dia bercerita akan hal sebenarnya, Baginda saw yang mulia telah ajarkan doa ini...

'Allahumma inna a'uzubika minalhammi walhazan. Wa a'uzubika minal'ajzi walkasal. Wa a'uzubika mina jubni wabukhl. Wa a'uzubika mina ghalabatiddaini waqahrirrijal"
(Maaf, terjemahannya saya tak ingat. Saya nasihatkan anda cari yang dalam versi arab untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat).

Selepas mengamalkan doa ini, sohabat itu akhirnya mendapat jalan untuk menyelesaikan hutangnya sedikit demi sedikit sehingga langsai. Ini juga doa yang saya amalkan ketika tersepit tidak lama dahulu (malah hingga hari ini masih dibaca setiap kali selepas solat). Jadi marilah anda (yang terbeban dengan hutang atau tidak) amalkan doa ini. Bacalah dengan ikhlas, penuh pengharapan dan penuh kepercayaan. Mudah2an Allah akan perkenankan.

Kini, saya rasakan saya lebih mewah tanpa hutang. Kini saya rasakan kemampuan saya untuk berbelanja lebih besar dengan tunai berbanding dengan cara berhutang. Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah yang sudi membantu saya.....

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah
"Jika Allah menahan pemberian-Nya padamu, maka pahamilah bahwa itu adalah suatu (kemuliaan) untukmu selama kau pertahankan keislaman dan keimananmu, higga segenap apa yang dilakukan Allah kepada dirimu menjadi karunia pula kepadamu".(Ibnu Athaillah)

"Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya."

Isnin, 15 Mac 2010

makna surah al fatihah


Surah Al Faatihah
1. Dengan Menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Artinya Kita memanggil nama Allah agar mendapatkan karunia-Nya dan mendapatkan rahmat-Nya. Oleh karena itu tiap akan melaksanakan suatu pekerjaan di awali dengan ayat ini.

2. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Artinya : Kita telah mengenal/mengetahui Allah SWT, yang telah menciptakan alam semesta ini dengan melimpahkan karunia-Nya dan rahmat-Nya dan kita bersyukur akan karunia dan rahmat yang diberikan kepada kita. Kita harus bersyukur kepada Allah SWT karena ni’mat-ni’mat yang kita dapatkan dan rasakan merupakan karunia dan rahmat dari Allah SWT.

4. Yang Menguasai hari pembalasan
Artinya : Kita sudah mengetahui bahwa Allah SWT telah menciptakan kita dan kita akan kembali kepada-Nya untuk menerima ganjaran atas amal perbuatan kita di dunia.

5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
Artinya : Kita telah mengucapkan/berkata kepada Allah SWT, bahwa hanya kepada Allah kita menyembah dan memohon pertolongan. Kita telah berjanji akan mentaati perintah-Nya dan menjauhkan larangan-Nya serta tidak akan menduakan/menyekutukan Allah SWT. Ayat ini telah membuat hati saya menjadi bergetar karena janji saya kepada Allah karena takut tidak dapat memenuhi janji saya kepada Allah SWT.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani)
Artinya : Kita memohon bimbingan Allah SWT agar tidak tersesat dalam menuju keabadian kelak (akhirat)

(Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini, dengan segala keterbatasan mencoba memaknai kalam-Mu)