Rabu, 19 September 2012

Spices Journey: ROSELLE Cheese BROWNIES

Spices Journey: ROSELLE Cheese BROWNIES: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua    :) Alhamdulillah dengan izin Allah saya masih kita jumpa lagi. Sebelum saya membebel panja...

Jumaat, 2 Mac 2012

menjauhkan gangguan jin yang berlari2 dalam atau luar badan

Bahan ini dipetik dari En khairi (terima kasih tuan, semoga ia menjadi amalan sepanjang zaman) membantu menjauhkan gangguan jin yang berlari2 dalam atau luar badan

cuba baca ayat2 berikut berulang kali , 11X, 21X, 33X:

1.Al-Baqarah ayat 17 dari zahaballah hubinurihim....samapai akhir
2.Al-Baqarah 18 Summum bukmum ummyu fahum la yarji 'un
3.Al-mukminun 115
4.Yasiin 9 (kalau dah kerasukan jgn baca)
5.Ar-Rahmaan 33 i.e.Yaa maksharal jinni...bi sulton.
InsyaAllah

atau Anonymous said...

Gunakan ayat patah2 iaitu Al-Baqarah 163 diulang ulang, atau ayat panas Yasin 17 di ulang-ulang. kedua-dua ayat ini sesuai untuk jin yg lari-lari, berkesan samada mereka berada di luar atau di dalam badan pesakit. sekiranya jin ini ada pendinding, pecahkan pedinding mereka dahulu.(Terima kasih Tuan Tarmizy semoga ia menjadi amalan sepanjang zaman)

Isnin, 5 Disember 2011

muharam

Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1. صُوْمُوا يَوْمَ عَاشُورَاء ، وَخَالِفُوا اليَهُودَ ، صُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. صُومُوا اليَومَ التَّاسِعَ والعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

3. إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )

Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharran, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ; Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puada Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu).

5. Doa pada Hari Asyura :

يَا مُحْسِنٌ قَدْ جَــاءَكَ المُسِيْئُ ، وَقَدْ أَمَرْتَ يَا مُحْسِنٌ بِالتَّجَــاوُزِ عَنِ المُسِيْئِ ، وَأَنْتَ المُحْسِنُ وَأَنَـــا المُسِيْئُ ، فَتَجَــاوَزْ عَنْ قَبِيْحِ مَا عِنْدِي بَجَمِيْلِ مَا عِنْدَكَ ، فَأَنْتَ بِالمَعْرُوْفِ مَوْصُوْفٌ ، أَئْتِنِي مَعْرُوْفَكَ ، وَأَغْنِنِي بِــهِ عَنْ مَعْرُوْفِ مِنْ سِوَاكَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )

Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut :

1. Kitab Al-Mughniy - Ibnu Qudamah - Juz IV / 440 - 442
2. Zaad Al-Ma'aad - Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah - Juz II / 63 - 73
3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam - Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy - Hlmn. 70 - 75

Rabu, 30 November 2011

Lawatan ke bandung dan Jakarta

Khamis 24- selasa 29 Nov bersama suami dan 12 rakan ke Bandung sempena persaraan suami dan pengantarabangsaan transformasi pendidikan PPD Batu Pahat. Mula bertolak dr Yong peng ke Kajang jam 8.00 pagi. Bertolak dari Kajang ke LCCT jam 3.30 sampai 4.30. Rakan-rakan sampai pukul 5 dr BP pukul 12 3 kereta. Menguruskan bagasi & Check in terbang ke bandung 7.45 malam dan sampai 9.55 (perjalanan 2jam 5 minit)waktu dibandung lambat 1 jam dari Malaysia (8.55). Pemeriksaan Imagresen 1.30 jam selesai terus bertemu pemandu pelancong Cik Penny dan supir Pak Gunawan, menukar sim kad nilai 27 ribu rupiah dengan harga 50 ribu rupiah.

Jumaat, 10 Jun 2011

20 Amalan Murah Rezeki

Kembara: Ayat-Ayat Ruqyah

Kembara: Ayat-Ayat Ruqyah: "Ayat-Ayat Ruqyah Sebelum kita memperdengarkan ruqyah ini, eloklah kita ketahui serba sedikit apakah itu ruqyah. Definisi Ruqyah Makna ..."